Dunia

UAE henti eskport gandum dari India

Perkembangan antarabangsa jejaskan aliran perdagangan

NEW DELHI, 15 Zulkaedah 1443H, Rabu – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India untuk tempoh empat bulan, berikutan isu aliran perdagangan global.

UAE mengumumkan langkah itu pada Rabu, berkuat kuasa pada 13 Mei – selepas India, pengeksport komoditi kedua terbesar dunia menghentikan eksport gandum untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Syarikat yang ingin mengeksport gandum dan tepung gandum India yang telah diimport ke negara itu sebelum 13 Mei, perlu mendapat kebenaran kementerian untuk mengeksport semula ke luar UAE, lapor Agensi Berita Nasional WAM.

“Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan,” lapor WAM.

Krisis Rusia-Ukraine telah menjejaskan sejumlah komoditi perdagangan global termasuk gandum, jagung, dan minyak bunga matahari. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button