Berita UtamaDunia

Jepun rancang sertai Sidang Kemuncak NATO

Tanda sokongan kepada Ukraine, tuduh Russia langgar perintah dunia

BRUSSELS, 16 Zulkaedah 1443H, Khamis – Jepun merancang untuk menghadiri Sidang Kemuncak NATO yang akan berlangsung di Madrid, hujung bulan ini sebagai sokongan terhadap Ukraine.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengecam konflik antara Russia dan Ukraine dengan menuduh Moscow melanggar ‘perintah dunia’ dengan tindakan ganasnya.

“Saya berhasrat untuk membuat rayuan dan menukar status quo unilateral secara paksa kerana tindakannya tidak boleh diterima mana-mana dunia dan keselamatan di Eropah ” katanya dalam sidang akhbar.

Tegasnya, pencerobohan Russia dilihat sebagai tindakan ‘melanggar keamanan dan ketenteraman dunia serta tidak boleh dibiarkan’.

Walaupun kehadiran Kishida menjadi Perdana Menteri yang pertama untuk hadir ke sidang kemuncak NATO, namun bukan beliau seorang pemimpin dari wilayah Asia Pasifik menyertainya, kata Setiausaha Agung NATO, Jen Stoltenberg.

“Buat pertama kali dalam sejarah, kami juga akan menjemput Perdana Menteri New Zealand, Australia, Jepun dan juga Presiden Korea Selatan bagi menyertai Sidang kemuncak NATO,” katanya.

Malah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut dijemput dalam sidang kemuncak berkenaan, namun belum dapat dipastikan kehadirannya.

Presiden Zelensky akan dijemput untuk berucap di hadapan semua pemimpin dunia.

“Sudah tentu beliau bersedia untuk hadir jika tidak beliau juga beliau boleh menyertai melalui persidangan secara video,” kata Stolenberg sambil menambah blok NATO dan rakan-rakan telah menyatakan sokongan yang belum pernah terjadi kepada Kiev sejak beberapa bulan lalu.

Russia menyerang negara jiran sejak hujung Februari lalu berikutan kegagalan Ukraine dalam melaksanakan perjanjian Minsk, yang ditandatangani pada 2014.

Kremlin sejak itu menuntut Ukraine mengisytiharkan sebagai negara berkecuali yang tidak akan menyertai blok NATO yang dikuasai Amerika Syarikat (AS).

Kiev bagaimanapun menegaskan, serangan Russia tidak diprovok sama sekali dan menafikan dakwaan merancang untuk merebut semula dua republik tersebut secara paksa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button