Artikel Khas

Dulu bukan main lantang bantah vernakular, sekarang sunyi sepi

Jangan bila hampir pilihan raya, mulalah cakap berdegar-degar

MESKIPUN sudah 64 tahun kita merdeka, maju dalam segala bidang, tapi dalam soal pendidikan, ada ‘sesuatu’ belum selesai.

Beban yang ditanggung akibat kewujudan sekolah vernakular ibarat menanggung batu besar atas bahu. Kesannya cukup parah. Cuma masih ada yang butakan mata, buat-buat tidak nampak.

Pedang pelik juga. Negara-negara lain di dunia banyak yang berbilang kaum, tetapi mereka tegas dalam soal pendidikan dan teras pembinaan negara bangsa. Tapi kenapa tidak Malaysia?

Walhal, dasar sekolah vernakular penyebab berlakunya jurang sosial antara kaum di Malaysia. Ayat mudah Pedang sebut ‘sekolah vernakular ni punca kita susah nak bersatu’.

Jadi kalau masih belajar secara berasingan, tidak di bawah bumbung pendidikan yang sama, memang sampai 100 tahun lagi pun tidak akan bersatu.

Sebab itu, NGO-NGO Islam Melayu lantang minta mansuhkan sekolah vernakular, jadikan sekolah mengikut sistem tunggal pendidikan kebangsaan iaitu sekolah kebangsaan. Tetapi yang berlaku, sistem sekolah vernakular ditambah baik. Kalau itulah caranya, sampai bila pun masalah perpaduan tidak akan selesai.

Malang sekali apabila kita ramai pemimpin, tapi ramai juga yang cuba mengelak untuk membantah kewujudan sekolah vernakular. Nak bercakap kesan vernakular kepada pembinaan negara bangsa, jauh panggang dari api.

Kita perlukan pemimpin yang berani bersuara. Jangan takut hilang undi. Jangan bila hampir pilihan raya, mulalah cakap berdegar-degar. Selepas menang, sunyi sepi.

Jika rasa tidak layak jadi pemimpin, lebih baik jadi rakyat kebanyakan, paling tidak penderitaan rakyat tidak akan menjadi mimpi ngeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button