Berita Utama

Tunggu tamat penggal baru sesuai PRU15: Tun M

Pejuang belum putuskan siapa calon PM terbaik

PUTRAJAYA, 16 Zulkaedah 1443H, Khamis – Masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah selepas penggal ke-14 Parlimen sekarang berakhir, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memandangkan keadaan sekarang berlaku inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, Pengerusi Pejuang itu berkata, tarikh terbaik untuk rakyat Malaysia mengundi PRU15 adalah pada Julai tahun depan.

“Tarikh terbaik untuk PRU15 adalah mengikut jadual pilihan raya. Namun, saya perhatikan kerajaan mengambil kesempatan (keadaan semasa) memandangkan parti pembangkang masih belum bersedia (menghadapi PRU15).

“Mereka (kerajaan) mahu pilihan raya awal supaya mereka boleh menang,” kata Dr Mahathir seperti dilapor NST.

Mengikut jadual Parlimen ke-14, Parlimen dijangka dibubarkan pada Julai tahun depan.

Sementara itu, ketika ditanya siapa yang terbaik untuk menjadi calon perdana menteri bagi pembangkang, Dr Mahathir enggan menyebut sebarang nama.

“Pejuang belum buat keputusan lagi. Kita kena lihat dulu siapa calon yang akan menang (PRU15) dan pilih mereka kemudian. 

“Mereka (pemimpin baharu) tidak semestinya dari Pejuang sahaja, tetapi pertubuhan lain juga yang menyertai Pejuang untuk bertanding menentang BN yang berkuasa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button