Berita UtamaDunia

Stok bahan api Sri Lanka hanya mampu bertahan 5 hari

Tunggu pengesahan rasmi India untuk bantuan kredit baharu AS$500 juta

COLOMBO, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Stok bahan api Sri Lanka mampu bertahan selama kira-kira lima hari lagi, kata Menteri Tenaga dan Kuasa ketika negara pulau itu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan India untuk bantuan kredit baharu AS$500 juta bagi bahan api.

Negara dengan 22 juta penduduk itu terperangkap dalam krisis kewangan terburuk dalam tujuh dekad selepas rizab pertukaran asingnya menyusut ke paras terendah, dengan kehabisan dolar untuk membayar import penting termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api.

Kekurangan bahan api bertambah buruk minggu ini dengan barisan sepanjang beberapa kilometer di beberapa stesen minyak di seluruh negara, membawa kepada protes apabila pemilik kenderaan menunggu, kadangkala semalaman, untuk petrol dan diesel.

Sebulan lalu, Perdana Menteri berkata, petrol hanya mencukupi untuk sehari.

Sri Lanka sedang menunggu pengesahan rasmi mengenai saluran kredit AS$500 juta daripada Exim Bank kerajaan India, yang menurut Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera bakal digunakan bagi membiayai penghantaran bahan api untuk beberapa minggu akan datang

Sri Lanka telah menghubungi beberapa negara termasuk Russia untuk membincangkan pilihan import bahan api yang akan menyediakan bekalan bernilai beberapa bulan, kata Wijesekera.

Negara itu juga sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk pakej penyelamatan dan delegasi daripada pemberi pinjaman dijangka tiba di Sri Lanka pada 20 Jun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button