Dunia

840 masjid di Jerman jadi sasaran Islamofobia

Hanya 9 kes kenal pasti pelaku dari 120 serangan pada 2018

BERLIN, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Lebih daripada 800 masjid di Jerman menjadi sasaran ancaman dan serangan sejak 2014 – di mana kebanyakan kes jenayah tidak disiasat dengan betul, menurut kumpulan hak asasi.

FAIR International merekodkan hampir 840 insiden serangan, vandalisme dan ancaman antara 2014 sehingga 2022.

Analisis terperinci jenayah pada 2018 mendedahkan bahawa pelakunya kekal tidak dikenal pasti di dalam kebanyakan serangan, sehingga mencetuskan serangan susulan dipercayai daripada puak neo-Nazi atau pelampau sayap kiri.

Antara 120 serangan yang direkodkan terhadap masjid pada 2018, hanya sembilan daripadanya berjaya mengenalpasti pelaku.

“Kadar ini membimbangkan. Sekurang-kurangnya 20 kes termasuk serangan bakar dan suspek berniat menyebabkan kematian serta kecederaan.

“Secara amnya, pegawai polis tiba di tempat kejadian dengan cepat dan segera memulakan siasatan.

“Bagaimanapun, hampir tiada insiden yang dapat diselesaikan sehingga ke hari ini,” kata kumpulan itu.

Ahli sosiologi dan saintis politik, Yusuf Sari berpendapat kemungkinan komuniti masjid tidak memainkan peranan walaupun telah berdepan serangan berulang kali sebelum ini.

“Selain itu, separuh daripada serangan adalah dari sayap kanan dan dalam kebanyakan kes pelaku belum ditangkap.

“Ini bermakna pelaku masih menimbulkan ancaman kepada umat Islam. Malah, masyarakat sering dibiarkan sendirian selepas serangan tanpa sebarang bantuan, baik dari segi mental atau fizikal,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button