Berita Utama

Bon Odori: Nga Kor Ming ‘just shut up’! Jangan putar belit isu

Kerajaan ada kuasa sekat promosi agama lain selain Islam

BANGI, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad melarang umat Islam menyertai perayaan festival Bon Odori bukanlah bermaksud sambutan itu dibatal atau diharamkan untuk diadakan di Malaysia.

Sebaliknya, ia sekadar mengingatkan umat Islam supaya tidak menyertainya kerana disahkan mempunyai unsur-unsur keagamaan Buddha-Confucian dan bertentangan agama Islam.

Justeru, Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan meminta pemimpin – parti rasis dan cauvinis – DAP, Nga Kor Ming supaya tidak cuba mencetuskan provokasi dan memutarbelitkan isu berkenaan.

“Just shut up and listen. Nga Kor Ming you jangan putar belit isu boleh tak?

“Provokasi tak habis-habis. Nak buat sambutan, sambutlah sesama kamu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai menyelar kenyataan sinis Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan terhadap Idris kerana melarang umat Islam menyertai festival Bon Odori.

Kor Ming mendakwa, sekiranya rakyat mendiamkan diri dengan kenyatan Idris, dibimbangi lebih banyak perayaan akan dikaitkan oleh menteri itu kelak.

“Jika kita berdiam diri, seterusnya mungkin Thaipusam selepas itu Gawai atau perayaan pertengahan musim luruh,” katanya.

Mengingatkan mengenai Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, Ustaz Fahmi berkata, walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, penganut agama lain masih lagi bebas untuk mengamalkan agama mereka.

“Bebas mengamalkan bukan bebas dakyah dan sebarkan. Tak boleh sesuka hati promosi.

“Kerajaan ada kuasa menyekat sebarang bentuk penyebaran dan promosi agama selain Islam yang boleh mengakibatkan gejala syirik dan murtad,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin DAP berkenaan.

“Provokasi ini kena sekat. Nanti bila kena kecam dengan netizen, minta maaf saja,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button