Berita UtamaDunia

Israel selaras serangan udara ke atas Syria elak konflik kempen AS

Damsyik kutuk serangan sebagai pencabulan kedaulatan negara

MOSCOW, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Israel secara rahsia menyelaraskan majoriti serangan udara ke atas Syria bersama tentera Amerika Syarikat (AS), bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daesh, lapor Sputnik.

Menurut laporan Sputnik yang memetik The Wall Street Journal, penyelarasan itu bertujuan menghalang operasi Israel daripada bercanggah dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daesh.

Amerika Syarikat memberi perhatian khusus kepada serangan Israel berhampiran pangkalan tentera At Tanf, yang merupakan kubu kuat AS berhampiran sempadan Syria-Jordan.

Israel melakukan serangan ke atas Syria dari semasa ke semasa, dengan mengatakan operasinya bertujuan menentang kehadiran tentera Iran di republik Arab itu. Damsyik mengutuk serangan sedemikian sebagai pencabulan kedaulatan negara Syria. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button