Pendapat

Kilauan keris Mat Kilau

Bangsa Melayu ada akar perjuangan berdarah berasaskan kekuatan Islam

1. MALAM tadi saya telah di jemput oleh Pemilik STUDIO KEMBARA untuk menyaksikan Tayangan Perdana Filem Mat Kilau yang turut di hadiri oleh Mantan Perdana Menteri ke 4 dan Ke 7.

2. Pertama kali dalam sejarah perfileman Malaysia Tayangan Perdana di jalankan serentak di Lima (5) buah pawagam untuk menunjukkan betapa seriusnya penerbit menpromosikan filem ini.

3. Kekuatan filem ini terletak pada dialog dan aksi pertarungan yang memukau. Dialog Mat Kilau dan rakannya adalah dialog perjuangan manakala dialog penjajah dan tali barutnya adalah dialog penghinaan kepada bangsa Melayu.

4. Filem ini sangat baik untuk memaklumkan dan mengingatkan terutamanya kepada generasi muda bahawa bangsa Melayu ada akar perjuangan berdarah berasaskan kepada kekuatan Islam dalam jiwa mereka.

5. Filem ini sangat baik di tonton oleh mereka yang ada agenda perjuangan untuk membangkitkan semula jiwa perjuangan terutama mereka yang telah mulai luntur.

6. Saya ternanti-nanti komen Tun M mengenai filem ini terutama dialog-dialog yang dituturkan. 

7. Tahniah sekali lagi kepada Studio Kembara terutama Pemiliknya Tn Hj Abd Rahman Md Dali. Semoga filem ini berjaya menghidupkan kembali agenda perjuangan kepada generasi muda dan seterusnya berjaya memecahkan jumlah kutipan tiket di negara ini.

Mohd Tahir Hamdan
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Johor

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button