Berita UtamaDunia
Tentera Israel bunuh 3 rakyat Palestin di Tebing Barat
Identiti ketiga-tiga mangsa tidak jelas

RAMALLAH, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Tentera rejim Zionis menembak mati tiga warga Palestin ketika serbuan di Tebing Barat, hari ini.
Menurut pegawai Palestin, identiti ketiga-tiga lelaki itu tidak jelas.
Katanya, mereka ditembak di dalam sebuah kereta di bandar Jenin.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya sedang meneliti laporan berkenaan. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.