Berita UtamaDunia

Tentera laut rejim pengganas Israel serang nelayan Palestin

3 cedera ditembak peluru bersalut getah

BAITULMAQDIS, 17 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Tanpa sebarang alasan munasabah, tentera laut rejim pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza yang dikepung pada Khamis, menyebabkan tiga orang cedera.

Ketiga-tiga mereka – Naser Ali Bakr, Muhammad Jaber Bakr dan Muhammad Fakhri Bakr – dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kapten Nizar Ayyash memberitahu media bahawa Ali Bakr cedera parah akibat terkena tembakan peluru bersalut getah selepas bot pendudukan menyerang bot nelayan.

Katanya, sejak 2014 tentera laut Israel meningkatkan kempennya terhadap nelayan Palestin, mengejar dan merosakkan bot serta pukat mereka bahkan menahan sebahagian daripada nelayan.

“Pada 2020, hampir 22 nelayan telah ditahan. Bagaimanapun, 20 nelayan telah disoal siasat oleh Israel pada minggu lepas dan satu bot telah dirampas, manakala enjin 11 bot lagi dirampas dan dibawa ke pelabuhan Israel Ashdod,” kata Ayyash.

Dia mendakwa, tentera laut Israel cuba mengosongkan lautan daripada nelayan Palestin dan menyasarkan bot kecil dengan peluru hidup.

Sebagai sebahagian daripada sekatan darat, udara dan laut Israel di Gaza, bot tidak dibenarkan tersasar melebihi had tetap ke utara menuju ke Israel dan Mesir mengekalkan had yang sama ke barat daya.

Di bawah Perjanjian Oslo, nelayan Palestin dibenarkan memancing sehingga 20 batu nautika ke Laut Mediterranean, namun Israel kerap mengurangkan had sehingga serendah enam batu nautika. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button