Pendapat

Pergilah ke universiti di China dan Taiwan jika tak mahu AUKU

Lupakah peristiwa hitam Tiananmen 1989? Berapa ramai pelajar terkorban kerana tiada ‘AUKU’

SAYA hadiri sepenuhnya libat urus, Town Hall AUKU pada khamis lalu, yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Timbalan, Naib-Naib Canselor Universiti Awam dan ramai lagi orang kuat KPT. Tidak ketinggalan, beberapa pemimpin DAP lain turut hadir. Selain pengikut fanatik mereka dalam kalangan pelajar.

Selesaikan Town Hall, tiba-tiba kedengaran kenyataan bodoh daripada pemimpin yang tidak hadir pun Town Hall tersebut, dengan mengatakan ia suatu program ‘brain washing’.

Saya tidak nampak, ia suatu ‘brain washing’ seperti tuduh ultra kiasu DAP, melainkan hasrat KPT yang begitu murni untuk meraikan pendapat pelajar dan golongan akademik, sebelum membuat keputusan, termasuk meminda AUKU.

Pemimpin DAP yang tidak hadir bukan main lagi, mengecam Menteri Pendidikan Tinggi atas penganjuran Town Hall AUKU. Kata DAP, town hall tidak membawa apa-apa makna, melainkan menonjolkan KPT untuk kekalkan AUKU.

Menteri KPT tidak pernah cakap pun untuk kekalkan AUKU. Beberapa pilihan yang ada, sama ada, kekalkan, pinda, mansuh.

Berdasarkan kepada sesi libat urus, ramai yang mahu AUKU kekal dengan pindaan. Yang mahu mansuhkan, adalah segelintir sahaja dalam kalangan pelajar hasutan parti ultra kiasu ini.

Laporan MStar lebih bertanggungjawab berbanding dengan media ultra kiasu. Saya petik laporan MStar pada hari tersebut (9 April 2023)

Pelajar di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara tidak lama lagi bakal mempunyai autonomi penuh untuk menjalankan aktiviti mereka, termasuk menguruskan kewangan kesatuan pelajar atau majlis perwakilan pelajar (MPP).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang dalam peringkat akhir merangka pindaan yang perlu dibuat kepada Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), kata menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Draf itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada pertengahan Jun untuk kelulusan dan kemudian dibentangkan kepada Kabinet, di mana input kementerian lain akan dipertimbangkan, sebelum rang undang-undang pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Bercakap pada sesi ‘townhall’ Auku yang diadakan di kementerian itu bersama pelbagai pihak berkepentingan, daripada penuntut sehingga pengurusan universiti, pada 6 April lalu, Mohamed Khaled berkata, terdapat sekurang-kurangnya tiga pandangan mengenai Auku – bahawa ia perlu dikekalkan dengan beberapa pindaan dan penambahbaikan; dikekalkan dengan pindaan dan dijenamakan semula; dan ia sepatutnya sepenuhnya digantikan dengan akta baharu.

“Selepas meneliti pelbagai pandangan, saya percaya kebanyakan orang cenderung mahu pindaan itu dibuat, bukannya dimansuhkan sama sekali. “Saya percaya pelajar juga akan mengalu-alukan pindaan itu,” katanya.

Sebahagian daripada laporan MStar. Tidak ada satu pun perkataan ‘brain washing’ seperti yang didakwa oleh pemimpin bodoh ultra kiasu ini. Laporan MStar itulah juga yang saya dengar sepanjang sesi Town Hall tersebut.

Saya turut bercakap dalam sesi tersebut berasaskan kepada pengalaman menjadi pemimpin pelajar di UKM tahun 1986-1989. Ketika itu walaupun ada AUKU, kami yang menguasai AUKU disebabkan oleh soladariti pelajar. Walaupun AUKU ada ketika itu, kami masih bebas, itu pun masih ramai yang pelajar gagal dan keluar dengan ijazah am kerana tidak dapat menguruskan diri.

Cuba fikirkan bagaimana jika pelajar diberikan kebebasan penuh tanpa kawalan, apa akan terjadi kepada anak-anak Melayu kita?

Anak-anak Melayu segelintir yang ‘tidak sedar diri’ ini, bila diberikan peluang main, dia akan main-main.

Berbeza dengan anak-anak Cina, dia tahu bila masa main, bila masa main-main. Berbanding kita yang asyik suka ‘main-main’.

Ultra kiasu tahu psikik Melayu ini, mereka memang mahu melihat kegagalan Melayu. Sebab itu, mereka mahukan AUKU dimansuhkan sepenuhnya. Yang menjadi mangsa nanti, bukan mereka, tetapi segelintir anak-anak Melayu yang suka main-main.

Pemikiran ultra kiasu ini tidak pernah berbuah meskipun zaman sudah jauh berubah. Sifat kurang ajarnya tidak ubah seperti komunis kerana itulah asal usul mereka.

Saya tidak nampak langsung ia satu ‘brain washing’, melainkan niat baik KPT untuk menerangkan tentang kedudukan AUKU, sama ada mahu ditambahbaik atau dimansuhkan.

Berdasarkan kepada respons, ramai mahu ia ditambah baik, bukan dimansuhkan. Bagaimana ultra kiasu ini boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar mahu ia dimansuhkan, kecuali pelajar yang memang pro ultra kiasu DAP.

Ultra kiasu tidak melihat AUKU perlu dilihat secara keseluruhan, tetapi mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja yang menjadi kesukaan mereka, bagi memastikan partinya kekal relevan dan dapat masuk ke kampus sesuka hati.

Nasihat saya, jika tidak mahukan AUKU dengan pindaan, sebagaimana yang majoriti pelajar mahukan, bukan dimansuhkan sepenuh, suruhlah pelajar kamu pergi ke China atau Taiwan untuk belajar di sana.

Kita lihat nanti, sama ada ‘AUKU’ akan dilaksanakan atau tidak, di negara komunis tersebut. Adakah pelajar di sana begitu bebas tanpa ‘AUKU’.

Apakah kita sudah lupa peristiwa hitam Tiananmen 1989? Berapa ramai pelajar yang terkorban kerana tiadanya ‘AUKU’. Kalau ultra kiasu sudah lupa, mari saya ingatkan. Jangan jadi manusia yang bodohnya tidak boleh diajar. 

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button