Dunia

Zionis serang Gaza lagi

Peluru berpandu dilepaskan di banyak lokasi namun tiada kecederaan

GAZA, 18 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Pesawat perang Israel melancarkan serangan di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza pagi ini, sehingga menyebabkan kerosakan teruk meskipun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut agensi berita WAFA, sebuah pesawat peninjau milik rejim Zionis melepaskan peluru berpandu ke lokasi di tengah Semenanjung Gaza, diikuti empat serangan pesawat perang yang menyebabkan kemusnahan kawasan dan kebakaran.

Sebuah pesawat perang turut melepaskan dua peluru berpandu ke tapak Malaka, timur kejiranan Zayton – di tenggara bandar Gaza – yang memusnahkan keseluruhan kawasan itu.

Agensi itu berkata, sebuah dron melepaskan dua peluru berpandu ke lokasi di utara Beit Lahiya dan lokasi lain di timur Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Serangan itu memusnahkan kawasan secara keseluruhan, selain menyebabkan kerosakan kepada rumah berdekatan.

Pesawat perang dan dron terus berada di ruang udara Semenanjung Gaza dan banyak letupan kedengaran dari semasa ke semasa, kata WAFA.

Rejim Israel mendakwa serangan itu berlaku selepas peluru berpandu dilepaskan dari Semenanjung Gaza dan dipintas di atas bandar Asqalan, selatan Israel.

Sementara itu, kapal tentera laut Israel turut dilaporkan menyerang nelayan di selatan Semenanjung Gaza malam tadi, dan memaksa mereka pulang ke pantai.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button