Berita UtamaDunia

Hina Nabi: Pemimpin Islam di India gesa tangkap Nupur Sharma

Dia perlu dikenakan tindakan ikut undang-undang India

HYDERBAD, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Presiden Majlis All-India-e-Ittehad-ul Muslimeen (AIMIM), Asaduddin Owaisi menggesa pihak berkuasa menangkap ahli politik kanan parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah ﷺ.

Asaduddin yang juga ahli Parlimen Hyderbad berkata, Nupur Sharma akan dijulang sebagai pemimpin besar sekiranya tidak ditahan dan bakal menjadi pesaing dalam jawatan Ketua Menteri.

“Dia perlu ditahan dan tindakan segera perlu dikenakan ke atas dirinya mengikut undang-undang India.

“Kami mahu tindakan dilakukan mengikut Perlembagaan negara ini.

“Saya tahu Nupur Sharma akan menjadi pemimpin dalam tempoh enam hingga tujuh bulan akan datang dan tidak mustahil menjadi calon Ketua Menteri Delhi,” katanya.

Tegas beliau, ketika ini parti Bharatiya Janata ( BJP) didakwa melindungi Nupur Sharma dan menggesa Ketua Menteri Telangana menahanannya.

“Kita menuntut Ketua Menteri menahanannya namun sehingga kini tiada penjelasan daripada pihak pemimpin tertinggi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap kebangsaan BJP, Nupur Sharma didakwa menghina Nabi Muhammad ﷺ dan isterinya Saiditina Aishah menerusi debat televisyen.

Kenyataan itu telah mencetuskan gelombang kemarahan semakin meluas di Asia Barat, selain dikutuk hebat oleh pelbagai negara Islam.

Situasi berkenaan meletakkan India kini berada di tengah-tengah ketegangan diplomatik.

Protes berlaku di beberapa negeri termasuk di Punjab, Delhi, Maharashtra, Gujarat, West Bengal, Jharkhand dan Uttar Pradesh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button