Berita Utama

Mustahil saya, Azmin keluar Bersatu

Ada pihak cuba beri tekanan beri persepsi negatif

KUALA LUMPUR, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalkan Bersatu.

Mohd Rashid dalam dalam kenyataan hari ini menyifatkan, dakwaan dirinya dan ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan keluar daripada Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.

Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, beliau yakin dengan masa depan Bersatu dan akan terus menyokong parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Rashid dan Mohamed Azmin terpalit dengan dakwaan akan meninggalkan Bersatu selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas dan kemudiannya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Azmin turut dilaporkan berkata akan kekal bersama parti itu kerana idealisme dan perjuangan Bersatu adalah jati dirinya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button