Berita Utama

PRU15: Friends of BN akan diberi peluang jadi calon

Pihaknya akan bincang tentukan kerusi pada pilihan raya

NILAI, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Friends of BN akan diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO, berkata, pihaknya akan berbincang bagi menentukan kerusi untuk calon daripada Friends of BN pada pilihan raya itu.

“Saya pasti akan beri peluang (untuk Friends of BN), di mana (kerusi) kita boleh bincang,” katanya kepada pemberita pada majlis Santai Bersama [email protected] yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Parti Makkal Sakti di sini hari ini.

Selain Makkal Sakti, Friends of BN dianggotai Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, pula berkata Friends of BN mempunyai komitmen tinggi kepada BN sejak awal penubuhan parti itu.

Beliau berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan BN mempertimbang untuk memberi peluang kepada Friends of BN pada PRU15 selain perlu menzahirkan kesepakatan dalam perkara itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button