Berita Utama

Sindiket makin berani cari mangsa keldai akaun

Ada juga kes akaun diguna selepas serah pada Ah Long ketika buat pinjaman

SEREMBAN, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Sindiket penipuan semakin berani mencari mangsa keldai akaun apabila secara terbuka memuat naik iklan-iklan di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, sindiket meminta untuk menyewa akaun dan digunakan sebagai transit di media sosial.

Kebiasaannya, golongan yang berusia dari 20 hingga 40-an akan terjebak dengan sindiket ini kerana tiada kerja tetap selepas dijanjikan wang dengan cara mudah.

Beliau berkata, dari Januari sehingga Mei lalu, pihaknya telah menahan 565 suspek yang terbabit dengan jenayah komersial.

Dilaporkan 343 atau 60 peratus daripadanya membabitkan keldai akaun.

“Keldai akaun boleh ditahan serta dituduh kerana terbabit dengan sindiket penipuan dan hukumannya mungkin dianggap ringan namun selepas mereka keluar dari penjara, rekod itu tetap ada.

“Malangnya, sebahagian besar daripada mereka tidak sedar dijadikan keldai akaun. Ada juga kes akaun digunakan selepas menyerahkannya kepada Ah Long ketika membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berlesen itu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button