Berita UtamaDunia

UAE hantar 27 tan bekalan makanan, ubat kepada pelarian Ukraine

156 tan bekalan telah dihantar sejak Februari lalu

WARSAW, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghantar sebuah pesawat yang membawa 27 tan bekalan makanan dan perubatan ke Poland bagi membantu pelarian Ukraine.

Duta UAE ke Ukraine, Salem Ahmed Al Kaabi berkata, bantuan berkenaan membuktikan kesungguhan pemimpin negaranya memberi sokongan kepada pelarian yang dalam kesusahan.

Ini adalah kepercayaan kepimpinan UAE terhadap perpaduan kemanusiaan, serta prinsip menyokong semua rakyat di dunia serta berganding bahu mengatasi krisis kemanusiaan, katanya.

Sejak perang Russia-Ukraine, hujung Februari lalu, Ukraine telah menghantar enam pesawat ke Poland dan Moldova dengan membawa 156 tan makanan dan bantuan perubatan serta ambulans.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada sumbangan sebanyak Dhs18.3 juta (AS$5 juta) daripada Bantuan Kilat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa (IHC) Dubai juga bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dengan menghantar 124 tan bantuan yang terdiri daripada bekalan bantuan dan peralatan perlindungan – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button