Berita UtamaDunia

Zionis makin zalim beku 2,000 permit kerja penduduk Palestin

Negara haram pernah berjanji untuk berikan 30,000 permit kerja: Duta Qatar

GAZA, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Negara haram Israel membekukan permit kerja rakyat Palestin di Gaza susulan kejadian serangan roket di bandar Asqalan, semalam.

Unit dibawah kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab untuk hal ehwal awam Palestin yang dikenali COGAT sebelum ini mengumumkan tambahan permit sebanyak 2,000 lagi lepada penduduk Palestin.

Bagaimanapun, susulan serangan roket, Menteri Pertahanan, Benny Gantz memutuskan untuk membekukan pemberian permit tersebut serta-merta.

Kementerian Pertahanan telah menandatangani rancangan bagi menambahkan permit pekerja sehingga 20,000, penambahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pada pertengahan 2021, hanya 7,000 penduduk Palestin di Gaza yang diberikan permit untuk bekerja di negara haram tersebut.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, penambahan permit berkenaan dilakukan bagi menambahkan pendapatan negara haram sekali gus meningkatkan keadaan ekonomi terutama di kawasan pedalaman negara berkenaan.

Sementara itu, Duta Qatar di Semenanjung Gaza, Mohammad al-Emadi yang sering melakukan pertemuan dengan pegawai di negara haram dan Palestin memaklumkan, pihak rejim Zionis sebelum ini telah berjanji untuk menambahkan sehingga 30,000 permit pekerja. – Agensi

Pautan terdahulu
https://ismaweb.net/2022/06/18/zionis-serang-gaza-lagi-2/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button