Berita Utama

Zuraida harap dapat terus jadi menteri

Selesaikan program dan perancangan kementerian diterajui

BANGI, 19 Zulkaedah 1443H, Ahad – Datuk Zuraida Kamaruddin berharap jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dapat dikekalkan.

Mengakui mengharapkan ‘khabar baik’ dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lagi, beliau mengakui, harapannya adalah untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

“Perdana Menteri sudah umumkan, satu dunia sudah tahu (mengenai perjumpaan), saya mengharapkan berita baik.

“Ya, kekal jawatan itu (menteri) untuk habiskan program atau perancangan yang telah saya mulakan dan untuk stabilkan negara,” kata Ahli Parlimen Ampang seperti dilapor media tempatan.

Khamis lalu, media melaporkan Ismail Sabri akan bertemu Zuraida minggu ini bagi membincangkan kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet.

Zuraida dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri pada 27 Ogos 2021 ketika bersama Bersatu sebelum mengumumkan keluar parti itu pada 26 Mei lalu.

Beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan kemudian diumumkan sebagai ‘presiden pengganti’ atau bakal presiden PBM.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/06/16/saya-jumpa-zuraida-dulu-baru-muhyiddin/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button