Berita UtamaDunia

Palestin tuntut Zionis serah pistol tembak Shireen

Rejim haram tuntut peluru konon nak lakukan siasatan terperinci

RAMALLAH, 20 Zulkaedah 1443H, Isnin – Pihak Berkuasa Palestin menuntut negara haram Israel menyerahkan pistol yang digunakan tentera Zionis sehingga membunuh wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh.

Dalam kejadian 11 Mei lalu, Shireen ditembak mati di Kem Pelarian Jenin, Tebing Barat ketika membuat liputan di kawasan berkenaan.

Siasatan awal pihak berkuasa Palestin mendapati tentera Zionis yang menembak mati wartawan kanan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara haram telah meminta supaya Palestin menyerahkan peluru yang memasuki badan Shireen bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan lanjut.

Malah tawaran berkenaan dibuat di hadapan wakil dari Amerika Syarikat dan Palestin.

“Kami menolak untuk membuat penyerahan peluru berkenaan sebaliknya menuntut tentera Zionis mengembalikan semula pistol yang digunakan untuk menembak mati Shireen,” kata Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh dalam sebuah masjid di Ramallah sempena 40 hari kematian wanita berkenaan.

Negara haram sebelum ini berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada Shireen memakai baju kalis peluru ketika ditembak tentera.

Rejim Zionis kekal dengan pendiriannya menyatakan mereka tidak melepaskan tembakan kerana mengetahui Shireen adalah seorang wartawan dan sedang membuat liputan.

Namun hasil siasatan Palestin mendapati wartawan kanan berkenaan ditembak mati menggunakan sepucuk pistol Ruger Mini-14, senjata separa automatik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button