Berita Utama

PAS tak boleh jika UMNO nak kerjasama tapi kena tinggalkan Bersatu

'Seboleh-bolehnya mahu sentiasa bersama demi kepentingan semua'

BANGI, 20 Zulkaedah 1443H, Isnin – PAS tetap mengharapkan supaya wujud kerjasama dengan UMNO dan Bersatu sebelum Parlimen dibubarkan.

Namun, PAS terpaksa menerima sekiranya UMNO kekal dengan pendirian untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Naib Presiden PAS, Datuk Amar Nik Abdullah.

“Kita sudah biasa, sedia atau tidak sedia apabila UMNO buat keputusan tersebut jadi kita kena hadapi.

“Kita tidak boleh terima jika UMNO hendak bekerjasama, PAS perlu tinggalkan Bersatu, kerana seboleh-bolehnya kita hendak sentiasa bersama demi kepentingan semua.

“Mungkin kita dengan Muafakat Nasional (MN), Perikatan Nasional (PN), dan mungkin kita bersendirian. Jadi semua pilihan ini kita ambil kira dan bersedia untuk berdepan dengan semua pilihan berkenan,” katanya.

Tegas beliau sehingga kini pemilihan kerusi dalam PRU-15 masih di peringkat perundingan namun sudah ada jawatankuasa yang dibentuk oleh parti untuk berunding.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar kelantan berkata, PAS kini sentiasa dalam keadaan bersiap siaga menghadapi PRU 15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita sudah sedia hadapi pilihan raya pada bila-bila masa. PAS pun menunggu tarikh yang diumumkan.

“Jika ia diumumkan awal, PAS akan membuat persediaan yang sepatutnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button