Berita UtamaDunia

Turki digesa henti sekat Finland, Sweeden sertai NATO

Ankara dakwa kedua-dua negara sokong keganasan, lindungi militan

HELSINKI, 20 Zulkaedah 1443H, Isnin – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin menggesa Turki berhenti menyekat penyertaan negaranya dan Sweden sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menerusi tembual di radio, Marin berharap permohonan negaranya tidak tergantung begitu sahaja dalam tempoh yang lama.

Perdana Menteri itu berkata, beliau memandang serius kebimbangan Ankara dan salah faham yang berlarutan.

Rundingan tiga hala dengan Sweden dan Turki akan disambung semula di Brussels, di pejabat presiden Finland dalam masa terdekat.

Sehingga ini, Turki mengekalkan penentangannya terhadap kemasukan Finland dan Sweden dalam NATO.

Turki mendakwa kedua-dua negara menyokong keganasan dan melindungi militan yang dikehendaki oleh Ankara atas tuduhan keganasan.

Turki pada masa sama mengemukakan beberapa tuntutan dan mahu Finland dan Sweden menamatkan sokongan terhadap kumpulan militan kurdish di negara mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button