Artikel Khas

UMNO dalam bahaya jika terus beri muka pada MCA

Nak selamat UMNO perlu ubati hati PAS, buat 'engagement' dengan Bumiputera Sabah, Sarawak dan semua NGO Islam

SEJAK dahulu, kehadiran MCA hanya menyusahkan. MCA tidak ada kekuatan di kawasan majoriti Cina. Menang mudah di kawasan majoriti, demand begitu tinggi. Kehadiran MCA dalam BN hanya menampakkan UMNO lebih berwarna. Itu sahaja.

MCA hanya menyusahkan UMNO, kerana undi Melayu berpecah.Tanpa MCA, UMNO akan terus kuat, lebih-lebih lagi jika UMNO bersama PAS. Kehadiran MCA tidak banyak membantu UMNO. Menyusahkan ada. Justeru, dalam mendepani PRU15, UMNO mesti bertegas. Jangan layan MCA seperti anak emas lagi.

Jika tidak UMNO akan menyesal. PRU15 tidak menjanjikan UMNO BN akan mendapat kerusi Parlimen sebegitu banyak seperti sebelumnya. Jika majoriti kerusi Parlimen yang dimenangi tidak banyak berubah seperti PRU14, kedudukan UMNO tetap bahaya, meskipun ada akta lompat parti. Akta lompat tidak menjamin MCA akan kekal setia.

Sejarah membuktikan, ketika UMNO susah, PASlah yang menghulurkan tangan. UMNO belum tentu selamat jika bersama MCA. MCA memerlukan UMNO utuk menyambung talian hayat. Tanpa UMNO, pasti MCA akan terkubur.

Sama seperti parti Gerakan dalam PN. Parti ini akan mereput tidak lama lagi. Walaupun langsung tidak ada kekuatan, begitu bernafsu besar mahu tanding 35 kerusi Parlimen dan 65 kerusi DUN dalam PRU15. Sama seperti MCA, mereka mengintai kerusi tradisi, kerusi kawasan majoriti Melayu. Dalam kata lain, kedua-dua parti ini boleh dikatakan langsung tidak ada kekuatan di kawasan majoriti Cina.

Justeru, UMNO mesti dalam BN mesti tegas. Tidak perlulah saya bincang di sini Gerakan dalam PN, sama sahaja. UMNO mesti tegas. Cari jalan menundukkan MCA tanpa rasa takut. Biar MCA sedar. Selagi UMNO gagal menjadi MCA sedar diri, selagi itulah UMNO akan terus berada dalam bahaya.

MCA ini bongkak. Kekuatan tidak ada, cakap besar. Sampai gajah pun boleh terbang, Baru dengar desas-desus UMNO mahukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perlis iaitu, Titi Tinggi dan Indera Kayangan, MCA melompat seperti cacing kepanasan. Terus melompat.

MCA Perlis kata, itu adalah kerusi tradisi yang telah ditandingi sebelum ini. Nama kerusi tradisi selalu diratibkan. Tujuan tidak lain, MCA mahu menang mudah.

Bila mahu jadi anak jantan menang bertanding di kawasan Cina. MCA tidak mahu fikir bahawa dia akan kalah di kedua kerusi tersebut jika laluan tidak diberikan kepada UMNO. MCA hanya fikir soal kerusi tradisi,

Politik hari ini, adalah pertarungan antara hidup dan mati, Perlu berstrategi. Tidak ada lagi istilah kerusi tradisi. Berkali-kali saya telah katakan kerusi tradisi MCA adalah kawasan majoriti Cina, sebab MCA itulah adalah parti perkauman Cina. Lainlah kalau MCA bukan parti Cina.

Justifikasi UMNO mahukan kedua kawasan DUN tersebut sangat kuat. Jika UMNO letak MCA, kemungkinan kalah itu sangat tinggi, termasuk DUN Titi Tinggi yang menangi MCA dengan majoriti tipis dalam PRU14, 2018

Sikap ultra kiasu MCA bukan baharu, tetapi sejak wujud parti ini. Parti ini mahu kerja senang, menang mudah, di kawasan majoriti Melayu, tanpa bersusah payah berkempen.

Saya lihat, di mana-mana kawasan MCA pernah bertanding, terutama kawasan majoriti Melayu, sudah naik macam-macam bentuk poster dan banner, dengan gambar pemimpin kawasan tersebut. Dalam kata lain, MCA tetap mahukan kawasan majoriti Melayu, walaupun jenteranya hampir tiada.

Sebelum mengulas lanjut, cuba lihat demografi kedua-dua kawasan DUN Perlis yang MCA mahu kononnya kerusi tradisi iaitu, DUN Titi Tinggi Melayu 77.83%, Cina, 19.29%, Indian 2.13%, lain-lain 0.53%. MCA (BN) menang Teh Chai Aan, majoriiti 142.

DUN Indera Kayangan, Melayu 50.76%, Cina 43.94%, India 3.79%, Lain-lain 1.51%. Dalam PRU14, calon PKR, Gan Ay Ling menang majoriti 3177 undi.

Walaupun, DUN Indera Kayangan peratusan Cina agak besar, pun tidak wajar diberikan MCA mengambil kira senario politik masa kini. MCA akan terus kecundang.

Sejarah pengkhianatan MCA bukan perkara baharu, tetapi telah berlaku zaman sebelumnya. Sehari sebelum peristiwa hitam 13 Mei 1969, Presiden MCA, Tan Siew Sin, telah mengumumkan MCA keluar daripada Perikatan, yang pada ketika itu dipimpin Tunku Abdul Rahman.

Ia berikutan prestasi buruk par ni no Drti Perikatan. MCA gagal mempertahankan Pulau Pinang. Pulau Pinang jatuh kepada Gerakan yang ketika itu parti pembangkang, dalam Pilihan Raya Umum yang pada 10 Mei 1969.

MCA tahu, tanpa UMNO dia bukan siapa-siapa. Beberapa hari selepas 13 Mei 1969, MCA menyertai MAGERAN untuk bersama mentadbir negara. Licik betul MCA.

Lebih berani lagi, sudahlah tidak ada kekuatan, pada 1973, tanpa rasa malu Presiden MCA, pada ketika itu meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri diberi kepada partinya apabila rombakan Kabinet dibuat setelah kematian Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri. Namun, permintaan itu ditolak Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.

UMNO jangan lupa, pada Jun 2009, presiden MCA ketika itu pernah mengadakan “poll” atau tinjauan pendapat dalam blognya, bertanyakan “patut atau haruskah MCA tinggalkan BN? Benar kata pepatah, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis pikullah sendiri.

Sekali lagi dalam PRU12, apabila UMNO berada dalam keadaan lemah, MCA mengugut UMNO.

Paling serius, berikutan kekalahan UMNO BN dalam PRU14, 2018, MCA bukan setakat mengancam keluar BN, malah MCA menerusi Perhimpunan Agungnya yang diadakan Disember tahun dalam yang sama memutuskan BN dibubarkan.

Dalam perhimpunan tersebut, buat pertama kalinya Pengerusi BN (Presiden UMNO) tidak dijemput untuk merasmikannya.

Tidak lama kemudian, apabila UMNO bangkit semula, MCA masuk balik BN, tak jadi bubar BN. MCA kekal di dalamnya bersama UMNO, sehingga hari ini.

Peluang ini digunakan oleh MCA sepenuhnya, apabila kreajaan diterajui Pakatan Harapan jatuh melalui Langkah Sheraton, MCA cepat-cepat menyertai kerajaan pimpinan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin. Presiden MCA diberikan jawatan menteri dan timbalan hingga kini. Untungkan jadi MCA. Kiri kanan dia sapu.

Dalam kata lain, MCA bukan kawan sejati. Tidak kira dengan siapa? MCA hanya kawan masa senang, bukan kawan susah. Kawan masa UMNO susah adalah PAS. Sebab itulah, UMNO jangan terlalu lunak dengan MCA sehingga tersinggung PAS

Semakin banyak kerusi MCA menang di kawasan majoriti Melayu, semakin bahaya kepada UMNO. UMNO menjadi korban MCA. Ingatan saya kepada UMNO, boleh berkorban, tetapi jangan sampai terkorban.

UMNO perlu segera mengubati hati PAS dan segera melakukan engagement Bumiputera Sabah dan Sarawak serta semua NGO Islam, jika mahu selamat. Kekuatan UMNO bukan pada MCA, tetapi dalam kalangan Islam dan Bumiputera.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button