Berita Utama

115 bekas ahli DAP masuk PAS

Hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP khususnya isu kebajikan

SANDAKAN, 21 Zulkaedah 1443H, Selasa – Seramai 115 bekas anggota parti rasis dan cauvinis DAP di Sabah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.  

Borang permohonan itu dilaporkan diserahkan kepada Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan oleh wakil mereka, Muhammad Idris pada majlis yang diadakan di Kampung Mangkalinau, kelmarin.

Muhammad Idris berkata, punca mereka menyertai PAS adalah kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP khususnya dalam isu yang melibatkan kebajikan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua masyarakat merakamkan penghargaan kepada PAS Sabah dan berharap dapat membantu PAS dalam gerak kerja untuk terus menjadi parti pilihan rakyat negeri ini.

“Kami yakin PAS sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat merentasi fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Sementara itu, menyambut baik permohonan tersebut, Dr Aliakbar berkata, ini adalah bukti bahawa PAS memperoleh keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Sabah.

Katanya, mereka melihat kesungguhan PAS memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat tanpa menunggu waktu pilihan raya semata-mata.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button