Berita UtamaDunia

Arab Saudi tarik balik sekatan ke empat negara

Antaranya perjalanan ke Ethiopia, Turkiye, Vietnam dan India

RIYADH, 21 Zulkaedah 1443H, Selasa – Selepas lebih dua tahun wabak COVID-19 melanda dunia, Arab Saudi hari ini menarik balik penggantungan perjalanan untuk warganegara ke Ethiopia, Turkiye, Vietnam dan India.

Kementerian Dalam Negeri pada Isnin berkata, keputusan menarik semula larangan perjalanan berdasarkan situasi virus COVID-19 semasa.

Ia selaras dengan apa yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa.

Kerajaan melarang warganya daripada melancong ke negara itu pada Julai 2021 kerana penularan wabak virus COVID-19 yang berterusan dan penyebaran virus bermutasi baru, di mana ia menggesa rakyat untuk segera kembali ke Arab Saudi.

Direktorat Am Pasport Arab Saudi (Jawazat) sebelum ini mengumumkan bahawa warga Arab Saudi dilarang melakukan perjalanan ke 16 negara berikutan kes COVID-19 di negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button