Berita UtamaDunia

Khalil Awawda henti mogok lapar selepas dijamin bebas

Keadaan makin kritikal setelah 111 protes penahanan pentadbiran

RAMALLAH, 21 Zulkaedah 1443H, Selasa – Selepas 111 hari mogok lapar, seorang tahanan pentadbiran Palestin, Khalil Awawda hari ini memutuskan untuk menangguhkan tindakan itu.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), tindakannya itu berikutan pihak berkuasa Israel berjanji membebaskan Khalil, 40, pada akhir tempoh tahanannya sekarang.

Keadaan Khalil semakin kritikal kerana melancarkan mogok lapar sejak 3 Mac lalu, sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran ke atasnya pada 27 Disember tahun lalu yang dilakukan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

Dia dikejutkan dengan penahanan pentadbiran selama enam bulan, yang berakhir dalam enam hari lagi.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa Israel akan memperbaharui penahanannya itu.

Selain Khalil, seorang lagi rakyat Palestin iaitu Raed Rayyan, 28, dari kampung Beit Daqqo dekat Baitulmaqdis, turut melakukan mogok lapar untuk hari ke-76 bagi menuntut penahanan pentadbirannya dihentikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button