250 terkorban gempa bumi kuat di Afghanistan
Gegaran turut landa Pakistan namun tiada kematian dilaporkan

KABUL, 22 Zulkaedah 1443H, Rabu – Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda kawasan terpencil di tenggara Afghanistan serta negara jiran Pakistan.
Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pentadbiran Bencana Taliban, Mohammad Nassim Haqqani berkata, majoriti kematian adalah di wilayah Paktika, di mana 100 orang terbunuh dan 250 cedera.
Katanya, 25 orang lagi terbunuh di Khost dan lima di wilayah Nangarhar, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat lebih banyak mangsa.
Gambar di media Afghanistan menunjukkan rumah yang musnah akibat gegaran kuat berkenaan.
Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda kira-kira 44km (27 batu) turut menggegarkan bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan, pada kedalaman 51km (31 batu), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat pada Rabu.
Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kematian di Pakistan.
Jumlah kematian mungkin meningkat, lapor media. – Agensi