Berita Utama

Ekonomi negara mulai stabil, kemuncak 2025

Pusingan ekonomi setiap 10 tahun dan berdepan kegawatan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 22 Zulkaedah 1443H, Rabu – Pakar menganggarkan ekonomi negara akan terus meningkat sehingga 2025 selepas berdepan kegawatan ekonomi susulan menghadapi gelombang COVID-19 lebih dua tahun.

Bagaimanapun selepas tempoh berkenaan, tidak mustahil ekonomi akan jatuh kembali.

Justeru, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menyarankan rakyat supaya berjimat cermat ketika ekonomi melonjak naik dan menggunakan penjimatan itu ketika ekonomi jatuh.

“Kita perlu sentiasa beringat bahawa dalam dunia ini pusingan akan terus menerus berlaku.

“Kita tidak akan hidup senang sepanjang masa sampai berpuluh-puluh tahun,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pusingan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun dan kemudian berdepan kegawatan.

Namun, kegawatan ekonomi pada kali ini selari dengan penularan COVID-19, walhal katanya ekonomi sedang melonjak pada 2018.

“Sebenarnya (COVID-19) satu alasan untuk mendatangkan kegawatan. Kegawatan ini tidak pernah gagal, mesti akan datang setiap 10 tahun.

“Selepas kegawatan, biasanya kemewahan akan berlaku di mana pasaran dan ekonomi sedang melonjak. Ini sekarang dalam proses bila kita pulih dalam kegawatan, ekonomi akan ‘boom’ selama lima tahun.

“Jadi kita anggarkan akan meningkat terus sehingga 2025 atau 2026,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button