Berita Utama

Kerajaan pertimbang tingkat peruntukan KKM dalam Bajet 2023: PM

Antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat

BERA, 22 Muharam 1444H, Sabtu – Kerajaan sedia memberi pertimbangan sewajarnya termasuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan Oktober nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana KKM merupakan antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat.

“Baru-baru ini sewaktu mesyuarat penyelarasan projek-projek pembangunan di bawah RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), saya dimaklumkan bahawa KKM perlu dibantu dalam bajet yang akan datang.

“Saya ingat lagi YB KJ (Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin) angkat tangan minta (naikkan peruntukan) lima peratus daripada GDP (KDNK). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.

“Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancang Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan bajet (yang dibentangkan) tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada majlis perasmian Hospital Bera di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button