Berita Utama

Gangguan bekalan air di 47 kawasan Petaling pulih

Pengguna disaran dapat maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi medium komunikasi rasmi

KUALA LUMPUR, 22 Zulkaedah 1443H, Rabu – Gangguan air di 47 kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling akibat kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil semalam pulih sepenuhnya pada 7 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Beliau berkata, para pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 47 kawasan di Wilayah Petaling dilaporkan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button