Berita UtamaDunia

Rejim Zionis bina tembok konkrit sepanjang 45km

Cubaan halang penduduk Palestin lintasi negara haram Israel

TEBING BARAT, 23 Zulkaedah 1443H, Khamis – Negara haram Israel memulakan projek membina tembok konkrit sepanjang 45 kilometer sebagai sekatan yang memisahkan kawasan berkenaan daripada Tebing Barat.

Menteri Pertahanan, Benny Gantz mengumumkan kerja-kerja pembinan dilakukan sebagai gantian kepada tembok yang dibina kira-kira 20 tahun lalu.

“Dinding tembok berkenaan dibina setinggi sembilan meter dengan menggunakan teknologi.

“Pembinaan tembok konkrit berkenaan bermula di perkampungan Salem sehingga ke bandar Tulkarm, Palestin dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan,” katanya.

Kira-kira 20 tahun lalu, negara penjajah itu membina tembok pemisah di kawasan Tebing Barat bagi menghalang rakyat Palestin melintasi negaranya.

Tindakan kejam berkenaan dikecam Pihak Berkuasa Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pembinaan bahagian berkenaan yang dikendalikan Jabatan Kejuruteraan dan Ketenteraan telah memulakan projek selepas beberapa siri serangan terhadap tentera pengganas Israel di kawasan tersebut.

Ribuan penduduk Palestin melintasi negara haram itu dari Tebing Barat melalui lubang-lubang yang dibina di penghadang berkenaan.

Kebanyakan yang melintasi Israel adalah penduduk Palestin yang bekerja sebagai buruh yang memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding di Tebing Barat.

Pada 19 Jun lalu, Kementerian Kesihatan Pelastin berkata, rejim Zionis telah menembak mati lelaki Palestin selepas tentera pengganas negara haram itu melihat lelaki berkenaan cuba melintasi sekatan.

Rejim Zionis mendakwa lelaki berkenaam cuba mensabotaj di luar tembok Qalqilya di Tebing Barat dan cuba menyeberang ke Israel.

Tentera pengganas kemudian melepaskan tembakan bagi menghentikan pergerakan lelaki berkenaan.

Lelaki yang terbunuh berkenaan dikenali Nabil Ghanem, 53 tahun dari Nablus, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button