Berita UtamaDunia

Ahli arkeologi temui masjid purba berusia 1,200 tahun di Israel

Berbentuk empat segi dengan dinding menghadap Makkah

RAMALLAH, 24 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Ahli arkeologi menemui kawasan yang dipercayai menempatkan sebuah masjid purba berusia lebih 1,200 tahun di selatan negara haram Israel, baru-baru ini.

Masjid itu, yang terletak di padang pasir Negev, didirikan dalam bentuk empat segi yang dindingnya menghadap ke arah Makkah, dengan ceruk separuh bulatan di dinding itu menghala ke selatan.

Ia ditemui semasa kerja-kerja membersihkan kawasan bagi pembinaan kawasan kejiranan baharu di Negrev Bedouin, bandar Rahar.

Kerja-kerja penggalian berkenaan adalah sebahagian daripada projek yang dibiayai oleh kerajaan melalui pihak berkuasa Pembangunan dan Penempatan Negev Bedouin yang sedang menyiapkan kawasan kejiranan di bandar Bedouin.

“Uniknya masjid ini ialah penemuan beberapa seramik yang wujud pada abad ke-7 di tapak ini sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai masjid terawal di dunia,” kata seorang pakar arkeologi, Dr Elena Kogan Zehavi yang terlibat dalam penemuan masjid berkenaan.

Tidak jauh dari masjid itu, sebuah bangunan estet mewah juga ditemui, dengan sisa-sisa pinggan mangkuk dan artifak kaca menunjukkan kekayaan penduduknya.

Tiga tahun lalu, pihak berkuasa menemui sebuah lagi masjid berdekatan dari era yang sama iaitu abad ketujuh hingga kelapan Masihi, menggelar dua tempat ibadat Islam itu ‘antara yang paling awal diketahui di seluruh dunia’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button