Berita Utama

Guna logo PAS pada PRU15

Elak kejadian tertukar logo seperti di PRN Johor dan Melaka

BANGI, 24 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Musyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin mahu partinya menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), nanti.

Beliau berkata, penggunaan logo PAS dilihat bersesuaian selain mampu memberi kelebihan kepada parti itu sekali gus membawa kemenangan

Katanya, penggunaan logo tersebut disarankan memandangkan logo parti telah dikenali sejak 70 tahun lalu.

Pada masa sama, Hashim juga tidak mahu kejadian tertukar logo yang pernah berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka sebelum ini membuatkan pengundi keliru.

Bagaimanapun, beliau tidak memaksa logo berkenaan digunakan dalam PRU15 nanti sebaliknya menyerahkan segala keputusan tersebut kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN).

“Dalam PRN Johor dan Melaka sebelum ini, logo PN ada yang keliru apabila orang ingat logo tersebut Barisan Nasional (BN),” katanya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zuhdi Marzuki dilaporkan berkata, PAS masih perlu menggunakan logo parti itu sebagai strategi untuk mencapai kemenangan dalam PRU15.

Katanya, kelonggaran berkenaan perlu diberikan terutama di kawasan kubu kuat atau yang mempunyai potensi terutama di kawasan Pantai Timur dan negeri majoriti Melayu.

Dalam PRN Johor dan Melaka, PAS menggunakan logo PN bagi mencerminkan semangat muafakat dalam kalangan parti ahli gabungan tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button