Dunia

Sekali lagi gempa bumi gegar timur Afghanistan

Kali ini lima maut, lebih 10 cedera di wilayah Paktika

KABUL, 24 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Lima orang maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam satu lagi gempa bumi yang melanda wilayah Paktika, di timur Afghanistan pada Jumaat, kata  jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman, lapor Sputnik.

Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km). 

“Malangnya, kami sekali lagi mendapat berita buruk dari Paktika. Hari ini berlaku satu lagi gempa bumi di wilayah Gayan,” kata Zaman.

Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda timur Afghanistan, menyebabkan lebih 1,000 terbunuh dan 1,500 yang lain cedera menyaksikan wilayah Paktika dan Khost antara kawasan paling teruk terjejas.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button