Berita UtamaDunia

Rejim Israel bunuh kejam remaja Palestin hanya kerana baling batu

Penduduk lancar mogok kecam jenayah askar Zionis

BAITULMAQDIS, 25 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Seorang remaja Palestin meninggal dunia selepas ditembak tentera rejim Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Mohammad Abdallah Hamed, 16, cedera akibat tembakan tentera haram Israel pada petang Jumaat berhampiran bandar Silwad, timur laut Ramallah.

Agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan, remaja itu telah dibawa lari oleh tentera.

Katanya, remaja itu meninggal dunia dalam tahanan Israel dan tentera dijangka membebaskan mayat Abdallah pada Sabtu.

Sebagai tanda mengecam jenayah itu, Datuk Bandar Silwad berkata, penduduk telah mengumumkan mogok umum di kampung berkenaan.

Tentera Israel mendakwa, anggotanya melepaskan tembakan ke arah sekumpulan rakyat Palestin yang sedang membaling batu di sepanjang lebuh raya utama.

Katanya, beberapa suspek membaling batu dan kononnya membahayakan orang awam yang memandu di jalan utama berhampiran bandar Ramallah.

Ia mengesahkan menembak seorang, tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan atau keberadaan mereka.

“Askar di tempat kejadian bertindak untuk menahan suspek mengikut prosedur operasi standard, menggunakan tembakan secara langsung sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 60 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel tahun ini kebanyakan mereka dalam serbuan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button