Berita Utama

Mat Kilau pecah rekod ‘box-office’, 2 hari kutipan RM2.8 juta

Berjaya ketepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa

BANGI, 25 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Filem epik Mat Kilau terbitan Studio Kembara mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Khabar gembira itu dikongsikan Pengarah filem, Syamsul Yusof, menerusi satu hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya hari ini.

Berbangga dengan kejayaan itu, pelakon filem popular Munafik itu berkata, Mat Kilau sekali gus memecah rekod dan mengenepikan filem lain.

“Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kita harus berbangga,” katanya yang turut memuat naik poster jumlah kutipan tayangan filem berkenaan.

Poster itu turut memaklumkan bahawa Mat Kilau berjaya memecahkan rekod ‘box-office’ dalam tempoh dua hari.

Sebelum ini, Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.

Filem itu yang menemui penonton di Malaysia pada 23 Jun lalu berjaya memungut RM1 juta pada hari pertama ditayangkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM2.8 juta.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button