Berita UtamaDunia

Israel makin agresif, tangkap rakyat Palestin tanpa sebab

17 penduduk ditahan dalam beberapa serbuan di Tebing Barat

RAMALLAH, 26 Zulkaedah 1443H, Ahad – Tentera pengganas Israel menahan 17 penduduk Palestin termasuk dua beranak dalam beberapa serbuan di kawasan komuniti di seluruh Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, pasukan rejim menyerbu Kampung Iskaka – wilayah Salfit di tengah Tebing Barat – dan menahan tiga penduduk termasuk seorang bapa, Naeem Harb, 55, dan anak lelakinya, Feras selepas menyerbu serta menggeledah rumah mereka.

Sementara, tiga lagi yang ditahan dikatakan ahli keluarga Ali Harb – remaja Palestin yang maut ditikam pelampau Yahudi minggu lalu berhampiran kampung berkenaan.

Tentera Israel turut melakukan serbuan ke atas kem pelarian Nour Shams di bandar Tulkarm, utara Tebing Barat, sehingga membawa kepada penahanan tiga lagi penduduk Palestin.

Dalam serbuan itu, pasukan rejim bertindak ganas memanjat bumbung beberapa rumah, selain menyekat jalan utama ke kem berkenaan.

Di wilayah Nablus, tentera Israel menyerbu kampung Qaryut dan menahan enam penduduk Palestin tanpa sebab selepas melakukan serbuan.

Dalam serbuan berasingan di wilayah Hebron pula, tentera Israel menyerbu bandar Beit Ummar dan menangkap dua remaja Palestin manakala di wilayah Baitulmaqdis, seorang penduduk Palestin dilaporkan ditahan di Kampung Al-Khader.

Di Baitulmaqdis, rejim Zionis menahan aktivis kumpulah Fatah, Ahmad Al-Ghoul dan aktivis wanita yang dikenali Suad Abu Rmuz.

Serbuan ke atas kawasan penduduk Palestin di Tebing Barat dilakukan hampir setiap hari oleh pengganas Israel, kononnya bertujuan mengesan individu yang dikehendaki.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button