Berita UtamaIstimewa

Mat Kilau sudah kutip RM7 juta setakat 3 hari tayangan

Jualan tiket dijangka terus meningkat ketika cuti umum

BANGI, 26 Zulkaedah 1443H, Ahad – Filem epik Mat Kilau terbitan Studio Kembara terus mencipta sejarah dengan kutipan tertinggi RM7 juta setakat tiga hari tayangan di pawagam.

Jumlah terkini kutipan tayangan filem berkenaan dikongsikan di Facebook TGV Cinema, hari ini.

Mat Kilau telah mencipta rekod pada hari pertama tayangannya sebagai filem epik tempatan pertama yang mencatatkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Bahkan semalam, filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusif itu memperoleh hampir RM3 juta kutipan dan menjangkakan jualan tiket terus meningkat ketika cuti umum di kebanyakan negeri.

Penerbit merangkap Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali turut melahirkan rasa syukur dengan sambutan baik penonton.

Beliau berkata, kutipan jualan tiket pada hari pertama sebanyak RM1 juta dianggap rekod tertinggi dan sangat bererti buatnya dan industri filem.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari itu menampilkan bintang hebat seperti Adi Putra (Mat Kilau), Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Ia turut membarisi pelakon luar iaitu aktor dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button