Berita UtamaDunia

Kementerian Luar Pakistan diarah permudah urusan visa keluarga Dr Aafia Siddiqui

Beri visa dengan jaminan kebebasan, keselamatan keluarga tak terancam

ISLAMABAD, 27 Zulkaedah 1443H, Isnin – Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan Kementerian Luar supaya memudahkan ahli keluarga Dr Aafia Siddiqui, yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan visa dan membolehkan mereka membuat lawatan ke sana.

Dr Aafia, seorang warganegara AS yang berasal Pakistan disabitkan bersalah di mahkamah AS pada 2010 kerana didakwa membunuh tentera AS dan pegawai penyiasat ketika dalam tahanan di Afghanistan.

Wanita itu kini dijatuhkan hukuman penjara di AS selama 86 tahun.

Pada Oktober 2015, kakaknya, Fouzia Siddiqui telah memfailkan petisyen supaya kerajaan Pakistan meningkatkan usaha membebaskan kakaknya selain memudahkan keadaan bagi memberi hak kepada keluarga terdekat membuat lawatan di penjara tersebut.

Menerusi perintah bertulis yang dibuat 24 Jun lalu, mahkamah berkata, pegawai di Kementerian Luar memberi laporan dan menyatakan Konsul Jeneral di Texas telah melawat di sebuah pusat perubatan di mana Dr Aafia ditahan.

Mahkamah juga berkata, pihak konsul telah membuat permintaan dengan mahkamah untuk memberi sedikit kelonggaran kepada keluarganya untuk membuat lawatan.

“Pegawai kini berusaha untuk mendapatkan visa dan kebenaran yang diperlukan kepada keluarga bagi melawat Dr Aafia namun tidak boleh memberi jaminan kerana keputusan muktamad dalam hal ini terletak kepada kerajaan AS,” katanya.

Pada masa sama, Kementerian Luar turut mengarahkan keluarga Dr Aafia diberikan visa AS untuk melawat, dengan jaminan kebebasan dan keselamatan keluarga itu tidak terancam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button