Berita Utama

Mat Kilau: Perjuangan orang Melayu masih belum selesai

Penjajah masih tinggalkan legasi taikun rasis untuk terus agenda

BANGI, 27 Zulkaedah 1443H, Isnin – Meskipun Malaysia sudah 65 tahun bebas daripada genggaman penjajah, perjuangan orang Melayu masih belum selesai sehingga negara ini sepenuhnya dimiliki dan mengikut kehendak bangsa Melayu-Islam.

Justeru, selain mengenal ketokohan pejuang bangsa terdahulu seperti Mat Kilau, orang Melayu juga perlu kenal dengan taikun rasis yang ada bersama penjajah ketika itu.

Ketua Perhubungan ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, walaupun penjajah telah keluar dari negara ini, legasi mereka masih ditinggalkan kepada bangsa Melayu untuk meneruskan agenda.

“Taikun rasis masih ada di negara kita. Peranan mereka macam dulu lagi.

“Taikun rasis kapitalis yang menguasai politik dan ekonomi negara kita. Beginilah mereka dulu, sekarang dan akan datang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas filem epik Melayu Mat Kilau yang mendapat sambutan menggalakkan sehingga berjaya mengutip RM11 juta setakat empat hari tayangan di pawagam.

Berbangga dengan sambutan hangat terhadap filem terbitan Kembara Studio itu, Ustaz Sharipudin berkata, Mat Kilau perlu ditonton seluruh lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

“Hindup bermaruah. Kita kenal datuk nenek yang pertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

“Kita ada Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Maharaja Lela di Perak dan ramai lagi. Semuanya diberi gelaran penderhakan oleh British,” katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari itu menampilkan bintang hebat seperti Adi Putra (Mat Kilau), Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Ia turut membarisi pelakon luar iaitu aktor dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button