Artikel Khas

Ultra kiasu kena sedar diri sejarah asal usul

Muslihat ultra kiasu mahukan Kuala Lumpur menjadi negeri berdaulat

RENTETAN daripada suara-suara sumbang satu dua negeri memberi ‘ugutan’ mahu keluar Malaysia, kini ultra kiasu pula mendesak supaya Kuala Lumpur menjadi sebuah negeri berdaulat, sama seperti negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), seperti negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu, negeri-negeri Selat, Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini ultra kiasu begitu lantang mendesak pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Kuala Lumpur diadakan. Apabila kerajaan ‘tidak melayan’ tuntutan tersebut, ultra kiasu beralih kepada mahukan Kuala Lumpur menjadi negeri berdaulat, seperti negeri-negeri lain.

Licik betul ultra kiasu, selagi kuasa tidak berada di tangannya, mereka tidak akan berputus asa, terus bekerja dan mendesak. Malangnya, kita asyik bergaduh dan terus berpecah, merebut kuasa, terus lemah. Ultra kiasu makin kuat dan semakin kurang ajar.

Apakah cadangan atau desakan ini akan dilontarkan jika Kuala Lumpur itu terdiri majoriti penduduk Melayu? Tidak mungkin sama sekali. Ultra kiasu amat yakin, mereka akan mendapat majoriti kerusi jika Kuala Lumpur dijadikan negeri berdaulat, mempunyai kerusi DUN dan Parlimen.

Kenapa ultra kiasu tidak bercakap sama tentang Wilayah Persekutuan lain seperti Putrajaya dan Labuan? Kenapa tidak dicadangkan bersekali?

Licik ultra kiasu, mereka tahu, wilayah tersebut, tidak ramai orang mereka, maka mereka diamkan.

Selama ini Kuala Lumpur terus ditadbir kerajaan Persekutuan, melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tidak pula KL mundur, KL terus juga maju. Meskipun tidak dinafikan semakin hilang identiti kemelayuannya apabila DBKL semakin mati jatidirinya.

Ultra kiasu ada sahaja dilantik sebagai ahli Majlis DBKL tetapi mereka tidak pernah kenal erti puas selagi mereka tidak mendapat kuasa seperti ADUN dan parlimen

Ultra kiasu amat yakin jika cadangan ini diterima, mereka akan memerintah Kuala Lumpur, sebuah bandaraya terkenal dunia.

Mereka akan mendapat majoriti kerusi DUN dan kerusi Parlimen. Merekalah yang akan memerintah, menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri atau tidak mustahil mengambil nama Premier, juga jenama tisu.

Untuk makluman, majoriti kawasan Parlimen Kuala Lumpur dimenangi ultra kiasu, seperti Kepong, Segambut, Seputeh, Cheras dan lain-lain. Takut nanti seluruh Kuala Lumpur jadi China Town, tidak sekadar Petaling Street.

Kuala Lumpur ini asal usul bandar KL bermula dengan Raja Abdullah dan Sutan Puasa, bukan Yap Ah Loy. Ultra kiasu tetap mengatakan Yap Ah Loy dengan menafikan tokoh Melayu di atas. Itulah wajah sebenar mereka.

Jika mahukan Kuala Lumpur menjadi sebuah negeri, kembalikan juga Pulau Pinang kepada negeri Kedah. Pulau Pinang itu adalah kepunyaan negeri Kedah. Air yang menjadi pertikaian pun air negeri Kedah.

Ultra kiasu tidak ada hak bercakap soal Kuala Lumpur kerana asal usul Kuala Lumpur adalah di bawah negeri Selangor. Selangor lebih berhak kepada Kuala Lumpur, bukan ultra kiasu. Ultra kiasu menjadi ramai dan menumpang di Kuala Lumpur disebabkan penghijrahan. Kena ada rasa sedar diri.

Ingat sejarah ini, Kuala Lumpur dibangunkan pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah.

Selepas itu, pendatang dibawa masuk menjadi pelombong bijih. Antara kawasan utama adalah di daerah Ampang, yang merupakan kawasan hutan belantara ketika itu. Kuala Lumpur terus berkembang sebagai kawasan perlombongan

Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Apabila pekan Kuala Lumpur makin membesar, penjajah Inggeris, yang menduduki Tanah Melayu ketika itu, berasa mereka harus melantik Kapitan Cina untuk mentadbir petempatan tersebut, setelah dibangunkan oleh orang Melayu.

Kapitan Cina yang pertama yang dipilih penjajah ialah Hiu Siew. Nama Yap Ah Loy datang kemudian. Itupun bukan peneroka Kuala Lumpur. Datangnya atas penghijrahan dan keperluan.

Kapitan Cina menjadi pentadbir Kuala Lumpur yang dilantik, itu pun disebabkan perpecahan Melayu. Pada ketika itu, Kuala Lumpur ialah pusat Perang Saudara Selangor, pergaduhan antara putera Selangor atas keuntungan pelombongan biji timah.

Tengku Kudin menggunakan Kapitan Yap untuk mentadbir Kuala Lumpur bagi mendapat keuntungan mudah. Sehingga ke hari ini, perkara yang sama berlaku. Pembesar dengan kuasa yang ada, menggunakan proksi Cina bagi mendapat keuntungan atas angin.

Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sebab itu, jangan hairan jika mereka jadi kaya raya. Mereka tidak kisah halal haram.

Sir Frank Swettenham pada waktu itu menjadi Residen Selangor, beliau juga bertanggungjawab menjadikan Kuala Lumpur makin gagah berada di bawah pentadbiran Selangor.

Ketika pentadbirannya, Kuala Lumpur terus menjadi bandar raya yang kaya dan aman selepas kematian Kapitan Yap. Apabila negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur dinaik taraf menjadi bandar raya. Pada 1 Februari 1974 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.

Jika ultra kiasu masih belum jelas sejarah Kuala Lumpur, mari saya ajarkan. Jangan sedap cakap sahaja nak jadikan Kuala Lumpur negeri berdaulat.

Kamu ultra kiasu kena sedar asal usul sebelum bercakap. Yap Ah Loy hanya pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah untuk bersama bangunkan Kuala Lumpur. Yap Ah Loy bukan peneroka Kuala Lumpur. Jangan terlalu teruja sangat nak jadi Kuala Lumpur negeri berdaulat tanpa mengetahui asal usulnya dan asal usul kamu.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button