Berita UtamaDunia

46 pendatang ditemui mati dalam trak di Texas

Mangsa disyaki meninggal dunia akibat keletihan, dehidrasi haba

TEXAS, 28 Zulkaedah 1443H, Selasa – Sekurang-kurangnya 46 orang telah ditemui mati dalam sebuah trak terbiar di pinggir San Antonio, Texas.

Seorang pegawai bomba berkata, 16 orang, termasuk empat kanak-kanak, telah dibawa ke hospital.

Mereka yang terselamat ‘panas apabila disentuh’ dan mengalami strok haba dan keletihan haba.

San Antonio, yang terletak 250km (150 batu) dari sempadan AS-Mexican, merupakan laluan transit utama bagi penyeludupan manusia.

Pihak yang terlibat dalam pemerdagangan manusia sering menggunakan trak untuk mengangkut pendatang tanpa izin selepas bertemu mereka di kawasan terpencil sebaik berjaya menyeberang ke Amerika Syarikat.

“Mereka mempunyai keluarga… dan mungkin cuba mencari kehidupan yang lebih baik,” kata Datuk Bandar San Antonio, Ron Nirenberg.

 

Anggota kecemasan tiba di tempat kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan (23:00 GMT) selepas mendapat laporan mengenai penemuan mayat, kata Ketua Bomba San Antonio, Charles Hood kepada pemberita.

Katanya, kenderaan itu yang ditinggalkan pemandu tidak mempunyai penghawa dingin yang berfungsi dan tiada air minuman di dalamnya.

Iklim San Antonio sangat panas pada bulan musim panas, dengan suhu mencecah 39.4C (103F) pada hari Isnin, dan disyaki mangsa mungkin meninggal dunia akibat keletihan dan dehidrasi haba.

Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard berkata, dua warga Guatemala adalah antara yang dibawa ke hospital.  

Warganegara mangsa yang lain tidak jelas.

Tiga orang ditahan dalam tahanan dan siasatan telah diserahkan kepada ejen persekutuan.

Konsul Jeneral Mexico Rubén Minutti telah dihantar ke tempat kejadian dan konsulat di San Antonio berkata ia akan memberikan ‘semua sokongan’ jika warga Mexico adalah antara yang maut.

Pendatang asing tanpa izin ialah isu politik yang menjadi perbalahan di Amerika Syarikat, di mana pada bulan Mei, seramai 239,000 pendatang tanpa izin direkodkan telah ditahan menyeberang ke negara itu dari Mexico – kebanyakannya melalui laluan yang sangat berisiko dan tidak selamat.

Pegawai penguatkuasa undang-undang AS mencatat rekod 1.73 juta tangkapan pada 2021, dengan sejumlah besar orang terus menyeberang dari negara Amerika Tengah seperti Honduras, Guatemala dan El Salvador. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button