Berita UtamaDunia

ICC digesa siasat layanan ‘kejam’ China terhadap Uyghur

Bentang bukti terbaharu termasuk saksi yang diseksa

WASHINGTON, 28 Zulkaedah 1443H, Selasa – Sekumpulan peguam menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat kerajaan China yang didakwa menindas etnik minoriti Islam Uyghur di wilayah Xinjiang

China didakwa memberi layanan buruk terhadap Uyghur dengan melakukan genosid seperti pembunuhan beramai-ramai dan melakukan jenayah kemanusiaan.

Ia termasuk penahanan tanpa sebab, penyeksaan, pengasingan kanak-kanak daripada ibu bapanya serta pemusnahan budaya minoriti.

Peguam yang mewakili kumpulan etnik Uyghur berkata, pihaknya telah membentangkan bukti terbaharu keadaan ICC.

“Perkara ini sangat menyedihkan dan jelas menunjukkan apa yang berlaku kepada mereka seperti kembali berada dalam tahanan,” kata peguam utamanya, Rodney Dixon menerusi kenyataan yang dihantar kepada VOA.

Katanya, ICC mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah dan mengesa suruhanjaya itu bertindak dan membuka siasatan segera.

Pembentangan bukti ini adalah kali ketiga dihantar kepada ICC oleh pasukan undang-undang sejak memfailkan aduan awal, kira-kira dua tahun lalu.

Selepas penyerahan bukti pertama pada 6 Jun 2020 pendakwa raya ICC berkata, mahkamah tidak dapat memproses kerana kes berkenaan berlaku di China yang bukan negara anggota ICC.

Menurut pasukan peguam, bukti terakhir yang diserahkan itu termasuk bukti saksi yang dihantar pulang ke China, ditahan kem tahanan dan berdepan penyeksaan sebelum melarikan diri dari China pada 2018.

Bukti berkenaan jelas membuktikan kerajaan China sedang melaksanakan dasar menghimpunkan kaum etnik Uyghur dan etnik Turki dari luar China termasuk negara-negara ICC seperti negara jiran di Tajikistan dan memaksa mereka balik semula ke China. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button