Berita Utama

Zahid kata bukan UMNO pun nak Parlimen bubar

Dakwa bekas Pengerusi SPR mahukan PRU diadakan sekarang

KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1443H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – yang berdepan puluhan tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram – menegaskan bukan UMNO yang mahukan Parlimen dibubar. 

Sebaliknya, beliau mendakwa bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sekarang.

Dalam catatan Facebook, Presiden UMNO itu berkata, Rashid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan.

“Kerajaan (sekarang) pula tidak stabil kerana pelbagai watak dan parti, dan ini tidak baik untuk negara.

“Beliau (Rashid) menambah ekonomi semakin buruk dan pelabur lari,” tulis Zahid.

Katanya, Rashid – bekas naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi kini hanya ahli parti Bersatu, memberikan pendapat jujurnya berdasarkan pengalaman selama 30 tahun dalam SPR.

Zahid memuat naik tangkapan skrin wawancara bertajuk ‘GE15 should have been held by now, says ex-EC Chairman’ yang merujuk kepada kenyataan Abdul Rashid.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button