Berita UtamaDunia

Zionis makin melampau sengaja robohkan kolam air petani Palestin

Kerja perobohan dilakukan tanpa pemberian notis awal

RAMALLAH, 28 Zulkaedah 1443H, Selasa – Sikap tidak berperikemanusiaan rejim Zionis tidak pernah pudar, terbaharu pasukan pengganas mengarahkan penduduk Palestin merobohkan kolam-kolam air yang digunakan untuk aktiviti pertanian ladang anggur di Birzeit, utara Ramallah.

Pemilik tanah Lafi Qassis berkata, tentera pengganas yang diiringi jentolak telah memasuki kawasan ladang anggur miliknya dan secara sengaja memusnahkan kolam air yang menampung 250 meter padu air.

Katanya, kolam air buatan itu dibuat bagi menadah air hujan sebelum ini digunakan untuk 45 plot tanah untuk tanaman anggur.

Lebih menyedihkan Lafi berkata, aktiviti meroboh tersebut berlaku tanpa pemberian notis awal sebaliknya dilakukan dengan serta-merta.

Rejim Zionis didakwa mahu terus mengawal sepenuhnya sumber air termasuk air hujan di Palestin.

Mereka tidak membenarkan penduduk di kawasan berkenaan mengumpul air hujan untuk aktiviti ladang. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button