Berita Utama

Harga petrol, diesel kekal hingga 6 Julai

Kerajaan terus pantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia

BANGI, 29 Zulkaedah 1443H, Rabu – Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh seminggu, bermula esok hingga 6 Julai depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM4.84 seliter serta RM2.05, manakala diesel RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“…sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, seperti mana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button