Tarbiyah

Ikhlas berikan kelapangan jiwa

Sabar rahsia kejayaan para anbiya' dan salafussoleh

SESUATU perkara yang dilakukan dengan ikhlas, ilmu, tekun, sabar dan tawakal akan mendatangkan hasil yang luar biasa.

Perjuangan untuk meruntuhkan jahiliyah dan membina sebuah peradaban tauhid mesti berbekalkan perkara-perkara ini.

Ikhlas akan memberikan kelapangan jiwa dan thabat dalam amal berdepan pelbagai dugaan dan tarikan dunia.

Ilmu menghindarkan daripada terseleweng dan tertipu dengan kerja yang salah atau yang tidak strategik dalam amal Islami.

Tekun membawa kepada kesungguhan mencari reda Allah SWT dalam penugasan untuk disempurnakan dengan sebaik-baiknya menggunakan segala potensi, masa, tenaga, kepakaran dan pengalaman.

Sabar itu rahsia kejayaan para anbiya’ dan salafussoleh dalam perjuangan. Sabar dengan kerenah manusia, sabar dengan panjangnya jalan, sabar menunggu detik kemenangan Islam. Kemenangan Islam itu pasti.

Tawakal adalah kemuncak dalam semua kerja kita, sebagai hamba Allah yang tunduk dan menyerah sepenuhnya kepada-Nya. Sujud yang merdeka.

Mihrab yang menggoncangkan kuasa-kuasa taghut sebagaimana doa Rasulullah SAW sebelum kemenangan Badar.

Ustaz Shuhaib Ar-RumyUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat
Mantan Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button