Berita UtamaDunia

Lagi penduduk Palestin ditembak mati pengganas Israel

Peluru tembusi hati Maher Marei dipercayai dari penembak tepat

RAMALLAH, 29 Zulkaedah 1443H, Rabu – Tentera pengganas Israel membunuh seorang pemuda Palestin di bandar Jenin – utara Tebing Barat yang diduduki – selepas pertempuran bersenjata tercetus antara pasukan rejim dan pejuang Palestin.

Muhammad Maher Marei, 25, dibawa masuk ke hospital kira-kira jam 5 pagi hari ini selepas ditembak di bahagian dada.

Pengarah Hospital Kerajaan Khalil Suleiman di Jenin, Wissam Baker memberitahu Palestine TV bahawa peluru menembusi hati Maher dan usaha menyelamatkannya tidak berjaya.

“Ia berkemungkinan besar peluru dari penembak tepat yang bertujuan untuk membunuh.

“Ini adalah perkara yang biasa kami lakukan dalam serbuan baru-baru ini di wilayah Jenin – tiada serbuan berlaku tanpa kecederaan yang membawa maut. Malah mereka yang cedera datang dengan kecederaan kritikal,” katanya.

Sekurang-kurangnya dua lelaki Palestin ditahan ketika serbuan tentera di Jenin.

Masih tidak jelas punca Maher ditembak, bagaimanapun tentera Israel mendakwa bahawa askarnya telah diserang sehingga membawa kepada tembakan itu.

Tentera Israel menjalankan operasi serbuan dan penangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat yang diduduki, yang sering mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan rakyat Palestin.

Tentera menahan sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin dari seluruh Tebing Barat yang diduduki pada Rabu.

Sejak beberapa bulan lalu, tentera Israel memperhebatkan serbuan mereka ke atas Jenin, di mana beberapa kumpulan Palestin bersenjata aktif, khususnya di kem pelarian di bandar itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button