Artikel Khas

Jangan sangka hanya minta maaf boleh ‘kawtim’ buat Melayu ‘cair’

Mengapa permohonan maaf dibuat dalam bahasa kita tak fahami?

TIDAK lama selepas tularnya peristiwa seorang majikan membelasah dan mengacukan pistol ke arah pekerjanya, polis menangkap majikan tersebut dan konco-konconya yang terlibat.

Baru-baru ini, media menyiarkan video permohonan maaf majikan tersebut di hadapan pejabat polis. Permohonan maaf itu dibuat dalam Bahasa Cina.

Sefaham saya, semasa beliau mendera pekerjanya, maki-makian termasuk menghina Islam itu adalah dalam Bahasa Melayu. Maka, mustahil beliau tidak boleh berbahasa Melayu.

Tambahan pula, yang terguris perasaan dan maruahnya adalah orang Islam, yang majoritinya orang Melayu. Yang dipukul dan diacukan pistol adalah orang Melayu juga. Mengapa permohonan maaf tiba-tiba dibuat dalam bahasa yang kita tidak fahami pula?

Lagipun, kita harap kes ini bukan lagi kes buat salah, minta maaf dan selesai sahaja. Hukuman berat mana pun tidak dapat merawat luka di hati umat Islam kerana insiden ini. Kamu jangan sangka sekadar minta maaf sambil nangis-nangis boleh ‘kawtim’ sampai hati kami cair.

Syabas dan tahniah kepada netizen dan NGO-NGO yang ‘follow up’ rapat isu ini sehingga menjadi isu nasional kerana kita hidup di zaman ‘viral’ dan ‘massa’. Teruskan momentum ini!

*Kita ada cuba menghubungi mangsa, tetapi kita difahamkan mangsa dinasihatkan untuk tidak berhubung lagi dengan mana-mana pihak lagi buat masa ini.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
19 April 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button